Saturday 1 June 2013

KUASAILAH ILMU PENGETAHUAN

Tuntutlah ilmu pengetahuan! menuntut ilmu kerana Allah dianggap sebagai rasa takut kepadanya. Menuntut ilmu dengan niat menggunakannya dianggap sebagai ibadah, mengingatinya dianggap sebagai tasbih, membahasnya secara intensif dianggap sebagai jihad, mengajarnya kepada orang lain dianggap sebagai sedekah dan mendermakanya ke tempat yang benar dianggap sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah.
Ilmu adalah alat yang dapat menunjukkan apa yang halal dan haram serta menjadi cahaya yang menunjukkan jalan kepada penghuni syurga. ilmu menjadi penerang sewaktu manusia keseorangan, menjadi teman dalam esunyian, menjadi teman berbicara, menjadi petunjuk dalam keadaaan suka ataupun duka, menjadi senjata ketika melawan musuh dan menjadi hiasan bagi teman-teman.
Dengan ilmu, Allah mengangkat darjat sesuatu kaum sehingga Allah menjadikan merekapelapor dalam kebaikandan pemimpin yang diikuti. Malaikat menyukai mereka dan menggunakan sayapnya bagi mengusap mereka, bahkan semua makluk hidup mahupun yang mati memohon  keampunan bagi mereka, termasuklah ikan-ikan yang berada dalam laut,haiwan-haiwan di permukaan bumi, yang buas dan yang jinak.
Pada hakikatnya ilmu adalah sumber kehidupan dan ia membebaskan manusia daripada kebodohan. Ilmu umpama pelita yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan dan mengagnkat darjat manusia, baik di dunia mahupun di akhirat. Merenung ilmu pengetahuan sama seperti berpuasa dan mempeljarinya sama seperti mengerjakan solat malam. Hubungn silaturahim dapat dijalinkan dengan ilmu sera apa yang halal dan haram dapat diketahui dengan ilmu.
Manusia lebih memahami dan menghayati apa sahaja amalan mereka apabila ia sisertai dengan ilmu. Ilmu menjadikan manusia bahagia, sedikitnya tanpa ilmu manusia menjadi celaka.