Saturday 11 May 2013

DOA KU BUAT MU IBU . . .


Alhamdulillah ya Allah...
ya Allah aku bersyukur padamu... kau telah mengurniakan aq seorang ibu yang amat penyayang...ya Allah aq bersyukur padamu, sehingga hari ini kau masih mngizinkan aku mendengar suara dan melihat wajah ibuku meskipun hanya pda sekeping gambar.... ya Allah aq memohon kepadamu, cucurilah rahmat kepada ibuku sebagaimana dia telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil... ya Allah engkaulah yang maha melihat dan maha mengetahui keadaan ibuku. Jika kau melihat ibuku dalam keadaan berdosa, maka ampunkanlah dosanya... Jika kau melihatnya dalam keadaan bersedih maka gembirakanlah hatinya... Jika dia sakit, maka sembuhkanlah sakitnya.. jika dia berasa bimbang dan gelisah, maka jauhilah kebimbangan dan kerisauannya... Jika dia letih, maka sampaikanlah berita gembira kepadanya tentang ganjaran yang amat besar daripadamu ya Allah.. ya Allah aku juga memohon kepadamu kau matikan lah ibuku dalam keadaan beriman ya Allah.. serta haramkanlah wajah ibuku daripada disambar api neraka ya Allah... hanya kepadamu aku memohon wahai tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang... Amin...


Thursday 9 May 2013



Ya ALLAH,
Jadikan aku instrumen Kasih mu,
Dimana ada kebencian, Biarkan aku menyebar Cinta..........
Dimana ada Hati terluka, Biarkan aku menjadi penghibur....
Dimana ada Keraguan, Biarkan aku menyebar keyakinan....
Dimana ada Keputusasaan,Biarkan aku menyebar harapan..
Dimana ada kesedihan, Biarkan aku memberi kebahagian...
Dimana ada kegelapan, Biarkan aq memberi cahaya...........

Wednesday 8 May 2013

Biarkalah hari-hari berlalu dgn sgla pristiwanya,
dan sejahterakanlah jiwamu apabila qadar memastikannya,
jgn engkau gelisah kerana kejadian-kejadian  sepanjang masa,
kerana peristiwa-peristiwa dunia tidak kekal selamanya,
jadilah engkau tabah dalam segala peristiwa dengan berlapang dada,
hiasilah dirimu !
duka dan suka tidak kekal selamanya,
sengsara dan sejahtera juga tidak kekal selamanya,
rezekimu tidak lari kerana berlambat-lambat,
ia juga tidak akan bertambah kerana berlelah-lelah,
apabila engkau berhati pasrah,
samalah engkau dengan pemilik dunia,
lupakan apa yang berlalu......

"YA ALLAH ANUGERAHKANLAH KEPADAKU FIKIRAN YANG SIHAT SUPAYA AKU LEBIH SUKA MEMIKIRKAN MASA HADAPAN DAN TIDAK MEMIKIRKAN MASA LALU"

Friday 3 May 2013

DOA KU SEPANJANG HIDUP MU


Sahabat.. sedih hati ini saat melihat dirimu yang hanyut dibawah arus kebahagian dunia... dimana dirimu yang dulu ku kenali.. mungkin kau ingat aku telah melupakan mu, sebaliknya aku hanya memerhati kau dari jauh dan sentiasa berdoa agar kau berubah seperti dulu.. ingatlah wahai sahabat, kebahagian di dunia hanyalah sementara.. sebaliknya kebahagian akhirat adalah abadi... aku akui keluar lepak, karoke, tengok wayang, couple semua best... tapi ingat lah kebahagian yang kita rasa time tu.. adalah kebahagian yang tak diredai Allah, tapi ada yang perlu kamu tahu.. bila kita tak buat benda2 semua tu.. hidup akan jauh lebih tenang...  aku pun belum perfect jadi seorang muslimah yang soleha.. pakai tudung pun ala kadar, pakaian pun cukup syarat ja.. still gelak huha-huha.. tp jika kita ada niat tuk berubah insyallah Allah akan bukakan pintu hati kita.. bukan kita tunggu Allah bukakan pintu hati kita.. ingat lah sahabat.. kematian sentiasa dekat dengan kita... Kematian tak kan tunggu kita untuk berubah... semoga kau kembali seperti dulu sahabat... aku sayang kamu semua...

""Ketika kaki tersesat tak tentu arah,
ketiga bahu melemah tiada sandaran,
ketika hati perih tiada pengubat,

HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL
cukuplah Allah jadi penolong kami

LAH TAHZAN INNALLAHA MA'ANA
jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

INNALLAHA MA'ASSHOBIRIN
sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar